Home Contact Us
MNAWF Newsletter Index: Jul-Aug 1999: Vol I | Sep-Dec 1999: Vol II | Jan-Jun 2000: Vol III | Jan-Feb 2001: Vol IV | Mar-Apr 2001: Vol V | May-Jun 2001: Vol VI | Jul-Aug 2001: Vol VII | Jan-Feb 2002: Vol IX | Mar-Jun 2002: Vol X | Jul-Aug 2002: Vol XI | Sept-Dec 2002: Vol XII | Jan-Feb 2003: Vol XIII | Mar-Apr 2003: Vol XIV | May-Aug 2003: Vol XV | Sept-Dec 2003: Vol XVI | Jan-Apr 2004: Vol XVII | May-Oct 2004: Vol XVIII | Nov-Dec 2004: Vol XIX | Jan-Mar 2005: Vol XX | Apr-June 2005: Vol XXI | Jul-Sep 2005: Vol XXII | Oct-Dec 2005: Vol XXIII
NEWSLETTER Vol. XII Sep - Dec 2002

Editorial

MNAWF Executive Committee 2002/2004

Poster for Education & Awareness

Lawatan ke Ladang Ostrich

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

Pretty Maids All In A Row

Public Seminar Human – Animal Interaction: The Bond

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah melawat ke Ladang Ostrich. Kami pergi ke situ dengan menaiki bas. Terdapat 78 orang murid dan 8 orang guru. Apabila tiba di sana kami berkumpul di kantin Ladang Ostrich.

Kami nampak pelbagai jenis haiwan seperti burung, ikan, ular dan sebagainya. Kami juga dapat belajar tentang kegunaan burung unta. Kulit burung unta adalah lebih 3 kali ganda lebih mahal daripada kulit buaya. Daging burung unta dan telurnya boleh dimakan. Kami juga memijak telur burung unta. Telur burung unta amat keras.

Selepas itu, kami juga menunggang burung unta. Kami berasa amat seronok. Selepas melihat burung unta, pegawai di situ membawa kami ke sebuah kampung arnab. Kami berpeluang memberi arnab makanan. Arnab di situ sungguh comel.

Kemudian, kami masuk ke sebuah rumah papan. Disitu kami berpeluang untuk menyentuh ular. Kami juga menyentuh ular yang berkulit kuning dan hitam. Kami juga memasuki pertandingan menangkap ikan. Kami menangkap ikan di longkang yang panjang.

Apabila pertandingan menangkap ikan tamat, kami pun ke kantin Ladang Ostrich untuk makan tengahari. Selepas makan kami pun menaiki bas untuk balik ke sekolah. Walaupun letih tetapi kami berasa amat gembira.

Disediakan oleh: Koh Chui Peng, Darjah 5J, SK Jalan Semenyih 2

Copyright © 1999 - 2005 Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF) (Reg. No. 523)
Designed and maintained by Textstation Design