Home Contact Us
MNAWF Newsletter Index: Jul-Aug 1999: Vol I | Sep-Dec 1999: Vol II | Jan-Jun 2000: Vol III | Jan-Feb 2001: Vol IV | Mar-Apr 2001: Vol V | May-Jun 2001: Vol VI | Jul-Aug 2001: Vol VII | Jan-Feb 2002: Vol IX | Mar-Jun 2002: Vol X | Jul-Aug 2002: Vol XI | Sept-Dec 2002: Vol XII | Jan-Feb 2003: Vol XIII | Mar-Apr 2003: Vol XIV | May-Aug 2003: Vol XV | Sept-Dec 2003: Vol XVI | Jan-Apr 2004: Vol XVII | May-Oct 2004: Vol XVIII | Nov-Dec 2004: Vol XIX | Jan-Mar 2005: Vol XX | Apr-June 2005: Vol XXI | Jul-Sep 2005: Vol XXII | Oct-Dec 2005: Vol XXIII
NEWSLETTER Vol. XII Sep - Dec 2002

Editorial

MNAWF Executive Committee 2002/2004

Poster for Education & Awareness

Lawatan ke Ladang Ostrich

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

Pretty Maids All In A Row

Public Seminar Human – Animal Interaction: The Bond

Lawatan ke Ladang Ostrich

Pada hari Sabtu 13hb Julai 2002, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Ostrich. Lawatan ini disertai oleh 78 orang murid dari tahap dua dan 8 orang guru pengiring. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi.

Kami tiba di Ladang Ostrich pada pukul 10.00 pagi. Cikgu kami membawa kami ke kafe disana. Disitu, kami dijemput oleh pegawai dari Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia. Di kafe itu kami di beri penerangan oleh Encik Jaafar, pegawai dari Ladang Ostrich tentang keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada di sana.

Selepas penerangan, Encik Jaafar membawa kami melawat habitat ular. Di sana terdapat berbagai-bagai jenis ular. Kulitnya bercorak warna-warni amat menarik perhatian kami. Di situ juga diadakan pertunjukkan ular. Kami diberi kebenaran menyentuh ular. Ramai di antara kami menyentuh dan bergambar dengan ular.

Kemudian kami dibawa ke kampung arnab. Disana ada banyak arnab yang comel. Bulunya sungguh halus. Kami memberi makanan kepada arnab.

Selepas itu, kami melihat habitat tupai. Di situ, kami melihat tupai yang berwarna coklat, putih, kelabu dan lain-lain.

Akhirnya, kami dibawa ke ladang Ostrich. Kami di beri penjelasan mengenai kehidupan burung kasawari ini. Kami di beri peluang untuk menaiki burung kasawari. Kemudiah, kami dibawa melihat berbagai-bagai jenis burung yang lain. Terdapat juga kura-kura. Kami sempat melihat kura-kura spesis leher panjang dan yang terbesar. Setelah selesai lawatan, kami mengadakan pertandingan menangkap ikan. Selepas itu, kami berkumpul semula di kafe.

Yayasan Kebajikan Haiwan telah menyediakan makanan untuk kami. Kami berasa letih tetapi gembira kerana dapat melawat Ladang Ostrich. Kami bertolak pulang pada pukul 12.30 tengahari.

Saya berasa amat seronok menyertai lawatan sambil belajar ini. Saya berharap dapat menyertai lawatan sebegini pada masa akan datang.

Disediakan oleh: J. Parimala, Darjah 5 Jaya, SK Jalan Semenyih 2

Copyright © 1999 - 2005 Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF) (Reg. No. 523)
Designed and maintained by Textstation Design